Alysha Sabrina's


Holla :D

Bonjour :) Leesya's here. Do be nice, do follow. Gracias amigo!


Credito

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Playmaker:Luna Allen
Help: Atiqah

Maaf.
Monday, December 1, 2014 | 3:44 AM | 0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



MAAF. 



Maaf.
Dua suku kata.
Empat huruf.
Satu perkataan.

Maaf.
Sering diperkatakan oleh manusia manusia lemah yang sering melakukan kekhilafan
Dengan sengaja ataupun tanpa disedari ?
Sering menjadi ayat yang mudah diperkatakan
Dengan sebenar benar hati ataupun sekadar suka suka ?

Aku tak boleh nak lupakan apa yang pernah dibuat.
Aku tak boleh nak maafkan semuanya.
Aku tak boleh !
Telah cuba sedaya upaya aku untuk melakukannya
Namun kata hati tetap mengetepikan kehendak diri.

Aku bahagia.
Bahagia rasa dihati apabila diri ini tidak melihat mereka.
Bahagia yang tak mampu dikatakan oleh mulut.
Bahagia yang tak mampu diluahkan oleh hati.
Bahagia yang tak mampu difikirkan oleh fikiran.
Namun pelbagai persoalan tanpa jawapan.
Dan timbunan alasan bakal dinyatakan
Supaya dapat membutakan pandangan mata hati tentang kelemahan masing masing.
Aku bahagia kerana Allah melindungi daripada disakiti sekali lagi.

Kenapa engkau perlu datang balik ?
Kenapa sekarang ?
Dimana kamu ketika aku ditinggalkan keseorangan?
Di dalam ruang yang sempit dan gelap gelita ?
Tanpa cahaya yang menerangi jalan pulang.
Setelah sekian lama berdiam diri dah terus menyepi?
Setelah engkau tinggalkan untuk bersama dengan manusia yang busuk hati
Dan hipokrit
Di mata zahir pelbagai mukadimah palsu diucapkan seperti malaikat
Menutupi hati yang mencaci menghina dan buta menilai.



MAAF.
Aku tak bisa.









Older Post | Newer Post
Navi
BLOG TWITTER FACEBOOK