
2 0 1 5
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Happy New Year Earthlings !
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun dua ribu lima belas. Rasa sekejap je masa berlalu kan? Tak semua orang ada life yang sempurna. Betul tak? Setiap kegembiraan ada kesedihan. Manusia ni diuji dengan macam-macam halangan dan cabaran. Tahun 2014 merupakan tahun yang sukar buat negara kita.
#1 - MH370
Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Orang kata kena hijack lah itu lah ini lah. Banyak sangat spekulasi. Kedatangan Obama ke Malaysia lagi lah timbulkan lebih banyak spekulasi pasal pesawat MH370 tu. Akhirnya PM umumkan pesawat tu berakhir di Lautan Hindi yang dalam gila gila gila gila.
Nampak tak betapa dalamnya Lautan Hindi ni. Sampai sekarang tak jumpa jumpa lagi pieces airplane tu. Can you imagine what would it feels like to lose your loved ones on that plane? Ada yang hilang satu family dalam kapal tu. Kalau terjadi pada aku, I dont know what to say, how to react. It is unbearable tau. I am not ready to lose anyone one in my life. Not yet.
#2 - MH17
Tak cukup dengan itu, pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur have been shot down, by pro-Russian separatist - killing all 283 passengers and 15 crews on board - Crashed somewhere in Ukraine. Alhamdulillah they found the plane but not all of the passengers are found and recognized. Less in a month, our government flew the bodies back to Malaysia for their funerals dan juga atas permintaan ahli kelurga mangsa.
#3 - Gaza
Another devastating news. kota Palestine dibom oleh Zionis, bangunan runtuh, tinggal serpihan sahaja. Kanak-kanak dibunuh. Hidup anak-anak tanpa ibu bapa. Hidup isteri tanpa suami. Hidup suami tanpa isteri. Hidup seorang diri tanpa ahli keluarga. Dah jadi negara berdarah dah Palestine. Kalau tengok kat peta, takda lagi Palestine. Taktau jadi apa. Allahuakbar. I am speechless. Mereka itu ahli syurga. Ya Allah beruntung sungguh kau saudaraku, dapat mati syahid. Syurga menantimu :')
#4 - Banjir
Kelantan.
Pada akhir bulan Disember, banjir besar berlaku di negeri-negeri Pantai Timur dan tak dikecuali juga kepada penduduk yang berada di sekitar kawasan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Mengikut statistik yang direkod oleh kerajaan Negeri Kelantan mencatatkan mangsa banjir yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain. (Kalau tengok level air pun dah sampai bumbung rumah, memang tak lah aku boleh berenang) Macam mana lah orang boleh survive dalam condition yang macam ni hek ?
Penang.
Setelah beberapa hari, banjir dekat Kelantan dilaporkan semakin surut hari demi hari. Syukur kepada Allah. Disebabkan banjir ni jugak sekolah ditangguhkan sampai 11/12 January 2015. Suka lahh budak budak sekolah hahaha.
Tahun ni Alhamdulillah aku dah bernafas selama 19 tahun dekat dunia ni. Entah bila entah aku tidur tak bangun bangun lepas ni. Who knows kan? Ajal, maut, jodol di tangan Yang Maha Esa. (Sempat ke tak hek aku kahwin?) Hahahaha.
Al-Fatihah buat yang telah pergi menghadap Ilahi. Tak lupa juga pada mangsa banjir. Doakan supaya banjir dekat Malaysia ni surut dan dijauhkan segala bencana dan malapetaka yang akan berlaku. Aamiin.
Sempena dengan tahun ni, betulkan azam betulkan niat untuk jadi yang lebih baik sebelum ni. Jadikan 2015 ni sebagai satu permulaan yang baru. Yang mana asyik depress pasal sebab sebab bodoh sebelum ni, lupakan lah. Move on baby. Buang jauh jauh kenangan bitter sour kau. Life your life to the fullest by doing the things you love. Pergi travel ke mana mana ke, main bowling ke, tengok movie ke, kumpul setem ke, whatever yang kau rasa suka and seronok buat natang tu and bring benefit pada diri kau. Enjoy hidup kau sementara kau masih hidup ni. NEW YEAR - NEW LIFE - NEW YOU.