Alysha Sabrina's


Holla :D

Bonjour :) Leesya's here. Do be nice, do follow. Gracias amigo!


Credito

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Playmaker:Luna Allen
Help: Atiqah

TRIAL OHH TRIAL
Thursday, April 23, 2015 | 8:30 PM | 0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ellie Goulding // Love Me Like You Do #np

Setelah sekian lama. Yeay. I hereby to tell you that aku dah habis trial. (Tak boleh nak excited sangat sebab belum final lagi so yeay pendek je) Boleh tahan soalan dia. Pengajian Am aku macam harom ! ! ! ! ! Graf salah. Subjektif memang jawab bape kerat jelah. Susah doh sumpah aku cakap. I dont know how I'm going to keep up with this. Dasar negara ape ke jadah semua tu kena hafal ok hafal! Remember ica, nothing is easy in this world (ayat nak sedapkan hati). Meh kita cakap pasal Sastera pulak. Pada mulanya, "Aku rasa sastera ni senang. Alaa setakat baca bagai confirm confirm dapat A. Sastera is much better than ekonomi" (berlagak gila ) Haa kau tengok sekarang. Tengah merangkak lagi nak keep up dengan sastera. Actually senang je kalau kau faham cerita, tau siapa watak, perwatakan, sinopsis, pembangunan insan masyarakat negara dia. Kau boleh jawab. Alhamdulillah, bersyukur jugak lah aku dapat jawab full tadi. 2 soalan jelah tapi. Luls. Lagi satu tu tak sempat. Mana taknya, pro kontra mau mau kena buat lebih daripada 2 3 ayat. Aku satu point je dah 3/4 page.

"STPM ni susah lah ica better ambik private college ke maktab perguruan ke.." 

"Are you sure nak ambik STPM ni? It's one of the hardest examination in the world"

That's what they said.

And it's true. 

Memang satu cabarannya pun adoi trr~ brr~

Tipu kalau aku tak cakap aku tak ada rasa nak berhenti ambil form 6. Rasa give up tu selalu ada dalam fikiran. Tak pernah lekang (terutamanya bila meroyan) But I promised myself I wont let Mommy and Daddy down. This time. I WONT BREAK MY PROMISE. I will try my best eh maa cause I've let you down for several times with my okay-but not good enough- results. Ya Rabb, bantulah hambaMu yang lemah ni, bukakanlah pintu hati dan mindaku, ikhlaskan hatiku untuk menerima segala pembelajaran dalam Form 6 ni Ya Allah. I'm scared to death!

Anyways, rasa sayang sangat sangat sangat kalau nak give up sekarang. Dont you think? Dah halfway dah. Sebelah kaki kat Uni, tinggal lagi sebelah je nak melangkah. Itu yang menentukan aku dah tua bangka nak jadi apa. But lepas aku jawab trial tadi.... Aku rasaa..... Aku jadi isteri yang solehah jelah hahahahaha.

Well, I only got another 6 months left untuk habis STPM ni.... maybe lesss. Naik cuti bulan Jun, gedebak gedebuk gedebak gedebuk bulan November dah final for my last semester. Buat masa sekarang ni tak rasa debaran dia lagi. Tunggu naik semester nanti aku menggila -meroyan- totally lost my mind nak dapat 4 flat (InshaaAllah) Im trying so hard untuk capai 3 pointer sebab 1st semester aku teruk gila bapak aku taknak cakap berapa tapi bagi aku memang teruk. Kena sediakan RM200 untuk repeat semua subject. Untuk 2nd semester ni Idk lah. Doa doa lah lepas 3 pointer. Awak doakan jugak tauuuu. (Aamiinnnnnn) Kita taknak ulang lagi. Cukup lah hanya 1st semester je. I dont wanna repeat the same mistakes all over again. 

Kalau nak tahu lah kan, kalau nak. kalau taknak pun aku nak bagitahu jugak. Semester 2 ni lah paling mencabar, paling menguji tahap kesabaran keimanan aku tau? Kenapa? Sebab sering kali kena marah, paling tak boleh tahan kena maki doh. Adoyaiiii. Bukan aku jelah. tapi satu kelas. Itu satu hal. Lagi satu hal memang rezeki kitorang sekelas kott dalam guru kelas yang kurang sikap menyabar ni. Mampu beristighfar je banyak banyak. 

I really hope I can get better CGPA kali ni. Aku nak study, memang bersemangat gila. The problem is.... AKU TAK BOLEH STAY UP LAMA LAMA. Sebab for a couple months yang lepas aku selalu sangat overnight semata-mata nak siapkan assignments. Mana taknya, every week ada je assignments kena buat. Due date sama pulak tu, dengan nak kejar syllabus lagi. Adoyaaaaaaaai. So sekarang ni, cukup time (usually 10 pm) aku dah menguap, Masuk bilik - pasang aircond -  buka kipas - baring tak sampai 5 minit confirm tido sampai esok pagi.






Sekian sahaja post saya pada hari ini. Byeeeeeee !








P/S : If you olls have any suggestions on how to tahan mata, bagi mata terbeliak sampai pagi ke, yang penting taknak bagi tidur lah kan, do comment or you can tweet me on Twitter : iAlyshaaa. Segala comment or tweet anda amatlah saya hargai hahahaha ok dah bye.






Older Post | Newer Post
Navi
BLOG TWITTER FACEBOOK